AMK Bera Buat Laporan Polis Terhadap Najib

BERA - Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh AMK Bera terhadap Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan penyiaran artikel oleh akhbar Perancis yang mengaitkan beliau dengan wanita Monggolia, Altantunya Sharibuu baru-baru ini. Difahamkan laporan itu adalah merupakan yang pertama dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap Najib Razak berhubung dengan isu ini. Menurut sumber, gara-gara laporan tersebut pihak polis IPK Pahang telah menghubungi salah seorang pemimpin AMK setempat untuk menyiasat perihal laporan berkenaan. Kami masih tertanya-tanya sekarang ini, apakah laporan tersebut akan disiasat untuk diambil tindakan atau pun mungkin pelapor terbabit yang akan dikenakan tindakan oleh pihak polis. Mungkin selepas ini lebih banyak laporan yang sama akan dibuat di seluruh negara. Apakah ini petanda Najib bakal "kempunan" untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang dirancangkan sebelum ini agaknya?

http://pahangdaily.blogspot.com

 
Load Counter