Angkatan Muda Keadilan Mahu Zul Kulim Dikenakan Tindakan Disiplin

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan disiplin terhadap wakil rakyatnya Zulkifli Noordin yang membuat aduan di Akta Hasutan terhadap Ahli Parliman Khalid Samad.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Zulkifli Noordin tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan Zulkifli Noordin bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli, yang pernah disiasat Jawatankuasa Disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, semalam membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman.

Sambil menyifatkan tindakan Zulkifli semalam sebagai ala Umno, Shamsul Iskandar berkata pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.

“Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan,” kata beliau selepas mesyuarat AMK di sini.

“Kami juga mencabar beliau tampil dan menjelaskan kepada AMK berhubung tindakannya... kami mencabar beliau agar berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu.

“Surat formal akan dihantar kepada beliau dalam waktu terdekat,” kata beliau dan menambah pihaknya berpandangan isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam baru-baru ini.

“Nampaknya tidak dan ia berterusan dengan tindakan Zulkifli,” katanya lagi.

Semalam, Zulkifli berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah “Allah” ketinggalan zaman.

“Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan,” katanya.

Pada 21 Jan lepas, Khalid berkata enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

“Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya,” kata Zulkifli.

Laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat.

Kedua-dua Khalid dan Zulkifli sudah ‘permusuhan’ dalam isu ini sejak awal bulan ini.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekiranya PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya, Zulkifli berkata: “Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan.”

Shamsul Iskandar menjelaskan PKR dan sayap pemudanya sentiasa konsisten bahawa Islam adalah agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi tindakan Zulkifli bertentangan dengan pendirian bersama PR dalam isu kalimah “Allah”.

PR, yang turut dianggotai PAS sebagai komponen yang lazimnya berpendirian konservatif dalam soal-soal berkaitan agama, berpendapat bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” selagi ia tidak disalahgunakan, ekoran keputusan mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan itu dalam edisi Bahasa Malaysia.

“Apa yang beliau lakukan bertentangan dengan prinsip musyawarah,” kecam Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun ketua AMK itu tidak menjelaskan apabila ditanya bentuk tindakan tegas termasuk kemungkinan Zulkifli dipecat dari parti, yang patut diambil ke atas beliau.

“Saya pasti parti akan melihat perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, AMK akan mengedarkan 100,000 salinan risalah bertajuk “Kes Qazaf Saiful” di masjid-masjid utama di seluruh pada Jumaat ini.

Ia menyentuh bahawa kes liwat melibatkan Anwar, yang didakwa oleh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan, wajar dibicarakan di bawah sudut qazaf di Mahkamah Syariah.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

Sekitar gambar-gambar perkahwinan adik timbalan ketua amk gerik

Semalam, saya menghadiri jemputan kahwin yang gilang gemilang, majlis ini diadakan di dewan hokkien gerik iaitu adik kepada Timbalan Ketua AMK Gerik saudara Indran.Turut hadir di majlis ini Ketua PKR Gerik Haji Sopian, Ketua AMK Gerik Saudara Uzaimi serta Bekas calon Parlimen Gerik Saudara Mohd Noor. Di majlis ini turut diadakan sedikit persembahan untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Terimakasih saudara Hindran

Nak tau inilah Penolong Ketua AMK Gerik saudara Indran...hensen tu!!! sapa-sapa nak berkenalan dengan dia boleh ler call....no tel kena cari sendiri ler yeoppp!!! gua tak tau...

Inilah banner nama pengantin

Inilah banner pasangan pengantin yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan hokkien


Lekas ler...i tolong suapkan ni !!!

Memang cantink pasangan ni... Bagai pinang dibelah......berapa yer!!! hihihi


Tetamu-teatamu VIP sedang menjamu selera bersama pengantin


Inilah kek pengantin !!! Tinggi tu...tentu mahal harga nya


Mari ler makan bersama kami......hihihi


Jangan segan...jangan segan ambil jer


Tetamu-tetamu sedang berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan di majlis ini


Pemandangan dari dalam dewan hokkien.....sususan lampu yang menarik perhatian saya


Saudara Indran sedang beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir



Ketua PKR Gerik Haji Sopian serta saudara mohd noor sedang menjamu selera


Ketua AMK Gerik saudara uzaimi sedang menjamu selera


Tempat persandingan pengantin


Tetamu yang hadir sedang menjamu selera

Kereta pengantin



Baca Seterusnya...

Selangor Lindungi Penjawat Awam Dari Brainwash BTN

Dalam usaha melindungi penjawat awam Selangor dari tarbiyah ekstrem Biro Tata Negara, kerajaan negeri menghentikan penyertaan pegawai agensi kerajaan negeri dan penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri dari menyertai kursus biro itu.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata keputusan ini berkuatkuasa serta merta hari ini selepas siasatan mendapati tarbiyah yang diterapkan BTN mengajak kepada perpecahan dan ketegangan kaum.

“Mereka yang telah melalui kursus Biro Tata Negara ini kebanyakannya adalah satu proses indoktrinasi oleh Kerajaan Barisan Nasional dan ia menimbulkan satu fenomenan yang agak perkauman, di mana ia seolah-olah ingin memecahbelahkan di antara penduduk-penduduk yang pelbagai bangsa dan agama di Malaysia ini”, jelas Dr Halimah.

Terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, BTN menawarkan kursus bina jati diri kepada penuntut universiti dan penjawat awam.

BTN diwujudkan bagi menanam semangat cintakan negara, namun umum kini melihat biro itu tidak lebih dari unit propaganda BN.

Minggu lalu, tujuh wakil rakyat Pakatan menggesa kerajaan Selangor menghalang kerahan anak-anak murid ke program tarbiyah BTN.

Bercakap dari pengalamannya sendiri, Adun Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peserta kursus diajar mengenai Ketuanan Melayu, PKR ejen Yahudi, DAP proksi Singapura dan Pas gerakan ajaran sesat.

Antara institusi pengajian tinggi milikan kerajaan negeri ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Antarabangsa INPENS.

“Kita akan memberikan satu surat arahan formaliti kepada institusi-institusi yang telah saya sebutkan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor bersama dengan IPT tentang perkara yang saya sebutkan tadi”, tegasnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)



Sumber: http://greenboc.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

SELPROA tolak kepimpinan Najib

Kami, sekumpulan pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat Selangor, masih memperingati tragedi rakan seperjuangan kami mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Inspirasi daripada Beng Hock, seorang yang aktif di dalam kesatuan wartawan-wartawan sebelum menyertai Kerajaan Negeri Selangor, kami telah menubuhkan Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) yang mana berdiri teguh dalam melindungi keselamatan, hak-hak manusia dan kebajikan semua pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat di Selangor.

Kami tidak akan membenarkan kematian yang kedua akibat daripada penganiayaan politik terus berlaku, dan kami bersatu demi mereka yang tidak berkuasa (powerless) untuk berdepan dengan regim Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan pintu belakang dan cara tidak demokratik untuk menyelamat kuasa.

Oleh itu kami mengecam sekeras-kerasnya dan menolak keputusan Peguam Negara untuk mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang melarang pegawai kerajaan daripada memberi kenyataan-kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat.

Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini merupakan satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk berkerja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin. Tindakan ini juga menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM.

Kami berpegang bahawa Najib (gambar kiri) paling bertanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak asasi orang ramai, yang termasuk hak untuk satu persekitaran yang selamat. Najib sebagai Perdana Menteri gagal bagi memastikan keselamatan Beng Hock, dan juga berkomplot dengan Peguam Negara untuk membatalkan pekeliling yang pastinya akan membahayakan nyawa kita dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan Kerajaan Selangor.

Kami menyeru kepada Peguam Negara untuk menarik balik permohonan pembatalan pekeliling Menteri Besar dengan serta merta untuk menjamin keselamatan dan hak-hak pembantu politik. Kami menyokong sepenuhnya pekeliling Menteri Besar dan menghargai usaha bersepadu oleh Pakatan Rakyat dalam memastikan keselamatan semua pembantu politik.

Peguam Negara sepatutnya mendokong keputusan yang telah dibuat oleh Hakim mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof pada Nov 19, 2009 yang menyatakan bahawa SPRM tidak boleh menyoal saksi selepas waktu pejabat. Pihak MACC perlu meminta maaf kepada Beng Hock, Tan Boon Wah dan mereka yang telah disoal siasat selepas waktu pejabat dan membayar gantirugi untuk segala kerugian yang mereka dan keluarga mereka alami akibat tindakan MACC yang tidak bertanggungjawab itu.

Akhir sekali, kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dengan segera yang ditugaskan khusus untuk menyiasat kematian Beng Hock. Kami percaya ini merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock, rakan seperjuangan kita yang dalam kenangan kita semua.

*Kenyataan media oleh Abdul Razak Bin Ismail selaku Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA).

**SELPROA telah ditubuhkan pada bulan November 2009 untuk melindungi keselamatan, hak asasi kemanusiaan, dan kebajikan pembantu politik. Sekarang kami mempunyai 85 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pejabat ADUN dan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor. Persatuan ini telah diiktiraf oleh Menteri Besar Selangor.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

AMK demo desak Badrul letak jawatan.!!

Kira-kira 30 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Angkatan Muda PKR Selangor berdemonstrasi di hadapan bangunan SUK bagi mendesak ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan.Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mula bersidang hari ini, Badrul Hisham kelihatan duduk di sebelah ADUN Barisan Nasional (BN).
Kumpulan tersebut berhimpun kira-kira setengah jam sejak jam 9.45 pagi ini untuk menyerahkan memorandum dan surat kepada Badrul Hisham.

Bagaimanapun, kerana tidak dapat menemui Badrul Hisham yang sedang berada dalam Dewan, maka mereka menyerahkannya kepada seorang pembantu khas speaker DUN Heng Yong Seng.

Mereka yang berhimpun secara aman, melaungkan slogan antara lain "Badrul tak tahu malu," dan "Badrul letak jawatan," dan "Badrul sila keluar."

Ketua AMK PKR Selangor, Khairul Anwar berkata Badrul Hisham, yang didakwanya berpaling tadah kepada Umno bulan lalu, perlu meletak jawatan segera supaya pilihan raya baru dapat diadakan.

Katanya, Badrul perlu meletak jawatan kerana mendakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih dalam pilihan raya umum 2008.

Bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Khairul berkata ADUN Pelabuhan Klang itu juga telah beberapa kali tidak hadir sidang DUN.

Tambahnya, Badrul juga didapati tidak menghadiri mana-mana program anjuran PKR, manakala peruntukan untuk DUN tersebut juga didakwa "telah dihabiskan dengan cara meragukan."

Ditanya ketika sidang media ringkas selepas itu, Khairul berkata AMK Selangor akan terus mengadakan siri bantahan dan demonstrasi sekiranya Badrul tetap enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Beliau yang kali terakhir bertemu Badrul kira-kira enam bulan lalu, berkata AMK "tidak akan berkompromi lagi" dengan Badrul.

Katanya, pergerakan tersebut bersama pemimpin-pemimpin tertinggi parti cuba "membantu" wakil rakyat tersebut selama ini, namun gagal.

Dalam surat yang dihantar kepada Badrul pula, Khairul berkata prestasi perkhidmatan wakil rakyat tersebut terus mengecewakan, walau telah diberi peluang memperbaiki keadaan.

"Sewajarnya di atas kegagalan saudara ini maka adalah perlu klerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan segera untuk memberi laluan kepada wakil rakyat yang baru," katanya.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

Bubar DUN Perak? Be End Confident Menang...?

Diberitakan tanda-tanda awal menuju kepada pembubaran DUN Perak telahpun kelihatan namun Be End semestinya akan membubarkan DUN andai keputusan Mahkamah Persekutuan tidak dapat lagi dikawal. Bubar DUN adalah lebih bermaruah jika dibandingkan keluar keputusan memihak Nizar. Persoalannya adakah Be End , hanya menang sekali di Bagan Pinang maka semangat tinggi mereka terus ingin membubarkan DUN ataupun ianya terpaksa dilakukan demi maruah?

Rakyat Perak sememangnya menunggu pembubaran DUN untuk memastikan terkuburnya Be End walaupun kelihatannya Pakatan seperti underdog selepas Bagan Pinang. Bagan Pinang bukanlah boleh dijadikan kayu ukur seperti Perak , sebuah negeri lebih baik dari NS dan mempunyai latar belakang penduduk yang lebih celik maklumat.
Be End jangan memandang rendah keupayaan Pakatan Rakyat , mungkin kali ini Pakatan akan menang dengan lebih bergaya. Nantikanlah 28 October ini samada Zambry ada berani ataupun tidak?

Sumber: http://ahlifikir2.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

SHARUDDIN - PADAN MUKA HANG !!

Hajat di hati nak majukan sektor pelancongan di Port Dickson. Sebab tu nak cuba nasib untuk bertanding dalam pilihanraya. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam.

Tak kisahlah kalau PKR nak pecat sekali pun. Hati dah nekad. Sebelum PKR pecat, baik lompat. Mana tahu, kot kot UMNO datang merapat. Dapat juga "ubat". Maka, dengan penuh bangganya Sharuddin pun melompat sambil tersenyum manja.

Bedebab !! Alamak !! Silap lompat daa.....ingatkan jatuh dalam kolam teratai. Rupanya jatuh dalam kolam najis. Langsung takde sesaper pun nak datang dekat.

Padan muka hang Sharuddin. PKR pun tak mau dah kat hang. UMNO pun tak pandang kat hang. Ambik habuan hang.....dari katak lompat bertukar menjadi kera sumbang.

Bangang !!

Sumber: http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

 
Load Counter