AWAS ! NAJIB AKAN MELANYAK MEDIA INTERNET PULA!

Teman rasa kita blogger dan rakyat pengguna blog dan pembaca & pencari berita harus berhati-hati dan sentiasa mencari jalan dan alternatif elakkan halangan dan ancaman dari jentera Najib.Kita harus bersedia menerima keadaan yang tidak selesa ini selepas BN menggantung Harakah dan Suara KeAdilan.Selepas ini mungkin BN akan bertindak pula kepada media internet.
Riak-riak BN akan bertindak kepada media internet ini jelas kelihatan apabila media ini dinafikan hak untuk membuat liputan pada Persidangan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang.

Bakal Presiden Umno, Najib Razak mengakui bahawa media internet sangat berpengaruh dalam menentukan kejayaan sesebuah parti politik.Dalam ucapan ketika merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serentak di Kuala Lumpur malam tadi, Najib berkata generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber dan menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik.

Hanya dengan berbuat demikian barulah Umno boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

 
Load Counter