HUJAH TV9 – Adakan Pilihan Raya Negeri Perak

Semua panel dalam rancangan Hujah kecuali Dato Mohd Shafie Abdullah (peguam pujaan UMNO) telah bersetuju dengan cadangan mengembalikan masalah pemerintahan Perak kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya semula.

Ragunth Kesevan, Prof Dr Shad Saleem dan mungkin juga Prof Agus sendiri nampak lebih cenderung untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan mengembalikan kuasa rakyat bagi menentu masa depan Perak. Persoalan yang berlaku di Perak sungguhpun mempunyai kecenderungan terhadap masalah perundangan dan perlembagaan tubuh negeri Perak tetapi secara terperincinya masalah ini adalah kemelut politik yang memerlukan penyelesaian ala politik.

Prof Shad Saleem dalam kenyataan beliau mengatakan mahkamah bukanlah tempat terbaik bagi menyelesaikan permasaalahan ini. Pilihan raya adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak, maka perundingan perlu diadakan atau kerajaan campuran.

Untuk berunding ataupau membentuk kerajaan campuran teramatlah sukar untuk dilakukan. Maka pilihan terbaik adalah bubarkan DUN Perak. Panel2 yang terdiri dari pakar perundangan dalam perbincangan hujah masih berbelah bagi dalam menyatakan penyelesaian mahkamah adalah jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan keadaan krisis di negeri Perak. Apa yang perlu adalah kembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan mereka.

http://ppmas-proreform.blogspot.com

 
Load Counter