Mesyuarat Kali Ke-2, Angkatan Muda Keadilan Gerik

Gerik- 12 May 2009 telah berlangsung Mesyuarat Kali Kedua Angkatan Muda Keadilan, Bahagian Gerik di rumah Ketua PKR Bahagian Gerik, Haji Supian bin Nordin. Pada majlis ini juga dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan AMK daripada Kampung Bersia Lama, Pahat dan Kampung Jong.

Mesyuarat ini telah bermula jam 9.00 malam dan telah dirasmikan oleh Ketua PKR Bahagian Gerik Haji Supian Bin Nordin. Pada sesi pembukaan majlis, ucapan telah dimulakan dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Gerik iaitu Saudara Uzaimi Bin Mohd Yusoff, yang menekankan kepada keperluan untuk memantapkan organisasi dalaman bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

Mesyuarat Kali Ke-2, Angkatan Muda Keadilan Gerik ini telah ditamatkan jam 11.00 malam dan sedikit jamuan teh yang disediakan oleh Ketua PKR Bahagian Gerik Haji Supian Bin Nordin.

Sekitar gambar-gambar di mesyuarat tersebut













 
Load Counter