AMK tidak gentar dengan PERKASA mahupun Pemuda Umno…

Angkatan Muda Keadilan(AMK) mengambil keputusan untuk menunda perhimpunan “Menolak Fitnah Politik” yang dijadualkan berlangsung dihadapan Ibu Pejabat Akhbar Utusan Malaysia, di Cheras harini. Antara sebab utama AMK menunda perhimpunan tersebut adalah untuk menumpukan mobilisasi anak muda dalam demonstrasi Anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini. Timbalan Ketua Penerangan AMK, Sdr. Rozan Azen Mat Rasip berkata perhimpunan Anti-Lynas adalah agenda rakyat. Justeru wajar bagi AMK untuk menumpukan sepenuh tenaga kepada perhimpunan tersebut. “Oleh itu kita mengambil sikap (terlibat) dalam perhimpunan anti-Lynas kerana lebih kepada agenda rakyat, jadi tenaga kami diperlukan untuk memobilisasi anak muda. Maka kita ubah fikiran (menunda bantahan),” katanya ketika sidang media tengahari tadi.

Rozan berkata penundaan itu juga dibuat kerana wujudnya dakwaan usaha ‘sabotaj’ menggagalkan perhimpunan AMK oleh PERKASA dan Pemuda Umno yang turut hadir ke Utusan bagi mempertahankan akhbar itu. “Oleh itu, kami berpandangan supaya tidak dituduh melakukan provokasi, menimbulkan huru hara dan mengelakkan provokasi, maka kami menundanya kepada tarikh yang lain,” katanya. Justeru itu, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini Rozan berkata AMK membuat keputusan untuk menunda cadangan untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum ke tarikh baru.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa AMK tidak sekali-kali takut dan gentar terhadap PERKASA mahupun Pemuda Umno. “Kita risau berlakunya konfrontasi kerana ada usaha sabotaj… Kami tidak mahu terperangkap,” tegasnya. Bahkan katanya, penundaan itu dibuat berdasarkan tinjauan beliau di sekitar pejabat Utusan sekitar jam 2 hingga 3 pagi tadi mendapati terdapat tiga sekatan menuju ke pejabat Utusan.

 
Load Counter